Monday 25 July 2016


Amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturrahim

(KUMPULAN 2)

NAMA AHLI :
 FADHLIN AFIF BIN AHMAD NAWAWI    
(02DAD14F1073)
AHMAD MUSTAKIM BIN RAHMAT (02DAD14F1096)
AHMAD FUAD BIN KHARUDIN (02DAD14F1097)
MUHAMAD FAREEZ AZRAF BIN MOHD RASUL (02DAD14F1061)
NAMA PENSYARAH :
USTAZ SAIFUL NIZAM

Amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturrahim


النَّظَافَةُ مِنَ الْإيْمَانِ

“Kebersihan adalah Sebagian dari Iman”

Hadis ini tercantum dalam kitab-kitab hadis. Al-‘Iraqi dalam takhrij Ahadits al-Ihya’ 1/73 menginformasikan hadis dengan lafadz semacam di atas diriwayatkan oleh Imam at-Thobrany dalam Al-Ausath dengan sanad yang dho’if jiddan (sanagt lemah) dari jalur periwayatan melalui Ibnu Mas’ud ra.

Adapun lafaz lain yang semakna dengan hadis tersebut adalah:

بني الدين على النظافة

“Agama dibangun di atas kebersihan”.

Namun, Al-‘iraqy mengomentari: “Saya tidak mendapati dalam kitab-kitab hadis lafadz seperti itu”.

Adapun dalam kitab Ad-Dhu’afa yang ditulis oleh Ibnu Hibban dari hadis Aisyah Ra lafaznya adalah :

تنظفوا فإن الإسلام نظيف

“Bersihkanlah karena Islam itu bersih”.

Ibnu Hibban menilai hadis di atas sebagai hadis dho’if.

Imam As-Sakhawi dalam al-Maqosid al-Hasanah menjelaskan bahwa hadis dengan lafaz terakhir ini juga diriwayatkan oleh ad-Daruquthni dalam Al-Afrad dari hadis Nu’aim bin Maura’ dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapaknya dari ‘Aisyah Ra secara marfu’. Namun, Nu’aim juga adalah perawi yang dho’if

Sebagaiman penjelasan al-‘Iraqy di atas, Ad-Dailami mengaitkan hadis ini kepada hadis riwayat at-Tabrani dari Ibnu Mas’ud yang marfu’ yaitu :

والنظافة تدعو إلى الإيمان

Menurut penelitian Syaikh al-Albani, hadis tersebut dikeluarkan oleh at-Thobrany dalam al-Ausath (1/35 no. 7311) dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (1/183-84) serta al-Khotib dalam at-Talkhis (2/111). Syaikh al-Albani menyatakan hadis ini Maudhu’. Al-‘Iraqy mendho’ifkannya.

Lihat pula penjelasan yang sama oleh al-‘Ajuluny dalam Kasyful Khofa 1/288. Al-Qory dalam al-Mashnu’ memasukkan hadis ini dalam kelompok hadis maudhu’ (palsu) dalam kitabnya al-Mashnu’ fi ma’rifatil Hadis al-maudhu’ Juz 1 hal. 78.


Assalamualaikum w.b.t...terlebih dahulu saye ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz saiful nizam kerana memberi tajuk ini kepada kami untuk menyampaikan kepada umat islam amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum,dan ribuan terima kasih kepada yang sudi membaca.
              Gotong - royong membawa maksud melakukan sesuatu kerja secara beramai-ramai tanpa menerima upah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan kampung, halaman rumah, kawasan sekolah dan membaiki jambatan.
               Amalan bergotong-royong boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Apabila kita menjalankan sesuatu aktiviti secara bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan. Kita juga akan kurang berasa letih dan bosan.
               Di samping itu, kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hal ini demikian kerana aktiviti bergotong-royong dijalankan secara beramai-ramai tanpa upah. Dengan adanya kerjasama daripada semua lapisan masyarakat, sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah.
               Selain itu, kita dapat memupuk persahabatan dan sifat setiakawan. Melalui aktiviti bergotong-royong, kita boleh berkenalan dengan jiran tetangga dan kawan-kawan baharu. Kita akan berpeluang untuk saling memahami dan tolong-menolong. Justeru, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat majmuk.
                 Dalam pada itu, kita boleh mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Melalui amalan ini, kita akan bekerjasama dan bermuafakat untuk mengatasi sesuatu masalah. Amalan ini dapat menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Kata orang, "jiran sepakat membawa berkat".
                   Pendek kata, amalan yang mulia ini wajar dipupuk dalam sanubari kita demi kesejahteraan bersama.